Tidak Terfikir Di Pertemukan Dengan Mr. Future Right

Kita sebagai manusia kadang xterlintas di fikiran tentang bile jodoh kita nak dtang , sekali tup-tup, jodoh tu dtang tanpa diundang . Waktu tu mula rasa kita rasa itu bukan diri kita yang sebenar kerana kita sudah tangkap cintan dengan dia . Macam orang zaman 80-an cakap, "GILA BAYANG @ MABUK CINTA" dengan dia . itulah yang berlaku pada diri seorang hamba Allah nie . Dia serba serbi xpernah nak jangka jodoh dia dah dekat sangat dengan dia. Memang tempoh perkenalan hamba Allah ini dengan Mr. Right dia sangat singkat tapi itulah jodoh. Macam yang selalu orang cakap kawan dengan orang lain , bercinta dengan orang lain , bertunang dengan orang lain , dan berkahwin pun dengan orang lain . Itulah yang dinamakan "JODOH" . Ramai yang mendiskriminasikan jodoh itu sebagai itu ini , tapi bagi hamba Allah ini , jodoh itu semua kuasa Allah . Kita sebagai hambanya , terima dengan hati terbuka . Tidak kiralah ia suatu tempoh perkenalan yang lama atau singkat , kalau sudah itulah pengakhiran pencarian jodoh kita , terimalah ia dengan lapang dada dan dengan hati yang terbuka . Ingatlah jodoh yang baik yang Allah beri itu adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai harganya jika kita tahu kita bukan lah sebaik seperti pasangan kita tu . Orang melayu ada berpesan , "PELUANG KEDUA TAKKAN DATANG SEPERTI PELUANG PERTAMA" , jadi ambil lah peluang pertama itu daripada peluang kedua itu . Jika ragu-ragu dengan peluang yang kita dapat itu , solat dan berdoa supaya diberi petunjuk adakah itu benar keputusan dari-Nya . Kita sebagai orang islam , kita ada Allah yang sentiasa ada untuk kita , jadi minta lah pada Allah supaya sentiasa diberikan petunjuk . Sekian saja nukilan saya pada hari ini . Assalammualaikum dan selamat sejahtera .

Comments

Popular posts from this blog

Kehilangan Mu Banyak Memberi Kesan Kepada Aku....

Sejarah Taman Makmur

Universiti Selangor (Unisel)